Nuffnang ads

Nuffnang ads..klik je..tak kena bayar pun..

Khamis, 15 Mac 2012

Kad diskaun mahasiswa


BANGI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan kad diskaun kepada mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum bulan Jun tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kad itu bertujuan meringankan beban mahasiswa akibat kenaikan harga barang.
Beliau berkata, kementerian kini berbincang dengan pedagang besar yang terlibat dalam perniagaan seperti kedai buku, barangan sukan dan syarikat pengangkutan bagi membolehkan mahasiswa menikmati diskaun apabila membeli-belah.
"Kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya 10 pedagang dan kini terdapat tujuh pedagang yang terlibat. Kementerian sedang mempercepatkan proses perbincangan dengan pedagang lain dan kita yakin boleh selesai dalam tempoh terdekat.
"KPDNKK turut bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk mengeluarkan kad diskaun pelajar yang kini dalam proses mereka bentuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan, yang disertai lebih 400 penuntut 122 IPT awam dan swasta di seluruh negara, di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. — BERNAMA
***Untung la..tapi dah abis belajar..kena sambung belajar lagi ni..hehehe***

sumber : kosmo

Jumaat, 24 Februari 2012

Jalan Paling Bahaya Di Dunia..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..


Jalan yang paling bahaya di dunia terletak di Bolivia..

Sebatang jalan raya sepanjang 400 kilometer yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas dekat sini dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.

Jalan raya tersebut amat sempit untuk laluan kenderaan seperti bas kerana ia berliku-liku di lereng bukit.

Paras jalan raya yang paling tinggi di kawasan tersebut ialah 4,000 meter

Isnin, 16 Januari 2012

Aturcara Kontrak

Perubahan Kerja

- Fasal 24 - menjelaskan perubahan kerja dalam sesuatu kontrak
- perubahan adalah dari segi :
   1. rekabentuk
   2. kualiti
   3. kuantiti kerja
- arahan pindaan/ perubahan kerja boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan perubahan kerja berdasarkan :
  1. perkara yang tidak dinyatakan dalam kontrak tetapi berkaitan dengan perkara subjek dan boleh diguna pakai dalam proses reka bentuk.
  2. bila ada tuntutan kerja sebenar yang melibatkan perubahan kerja dalam kontrak yang tidak terkandung dalam harga kontrak.
  3. perubahan kerja yang dikehendaki/ dilaksanakantidak mengubah terma/ syarat kontrak asal.

Fasal 5 - semua arahan yang dikeluarkan oleh pegawai penguasa hendaklah secara bertulis.

- jika arahan lisan dikeluarkan, arahan tersebut tidak boleh terus dikuat kuasa.

Bayaran Kemajuan Kerja

Fasal 47 - JKR 203A

Rabu, 11 Januari 2012

Kaunseling Kelompok


Definisi Kaunseling Kelompok :

1. Corey dalam bukunya Theory Practice of Group Counselling.
- tujuan kaunseling kelompok ialah pencegahan dan juga pengubatan.
-  kaunseling kelompok mempunyai satu matlamat yang tertentu sepertipembelajaran, kerjaya, masalah peribadi atau sosial.
- ia mementingkan perhubungan individu yang menekankan tentang kelakuan, fikiran, perasaan secara sedar.
- isi dan fokus perbincangan ditentukan oleh para peserta.

2. Pandangan Gazdar dan kawan-kawan (1967)
- kaunseling kelompok ialah satu-satunya proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar.
- nilai terapinya tertakluk kepada percaya mempercayai satu sama lain, penerimaan, faham memahami serta kerjasama dalam kumpulan.
- fungsi terapi timbul dalam satu kumpulan yang kecil dimana peserta berkongsi masalah peribadi bersama kaunselor serta rakan sebaya yang lain.

3. Pandangan Gibson dan rakan-rakan (1981) dalam Introduction to Guidance.
- Kaunseling kelompok boleh dilihat sebagai penyesuaian diri yang rutin atau pengalaman perkembangan diri yang disediakan dalam satu kumpulan.
- fokus kaunseling kelompok ialah menolong peserta menghadapi penyesuaian dan perkembangan diri seharian seperti perubahan kelakuan, membaiki kemahiran, perubahan sikap dan nilai, kerjaya atau membuat keputusan dalam hidup.

Matlamat Kaunseling Kelompok

1. untuk menolong setiap peserta mengenali dan memahami diri masing-masing.
2. peserta dapat menerima diri sendiri dan menganggap dirinya manusia berguna.
3. untuk membina kemahiran berfikir serta kemahiran berkomunikasi dikalangan peserta.
4. untuk membina kepekaan terhadap keperluan orang lain. hasilnya bertanggungjawab terhadap kelakuan sendiri.
5. menambah kebolehan mengatasi masalah, membuat keputusan dan mencapai tujuan hidup dunia akhirat.
6. menolong peserta membina kemahiran mendengar secara empati untuk membantu peserta memahami perasaan yang tersembunyi disebalik kata-kata yang dikeluarkan.
7. membolehkan peserta menyatakan perasaannya dengan benar dan tepat.
8. menolong peserta menentukan matlamat tertentu yang boleh diukur dan dilihat melalui kelakuan mereka.
9. menolong peserta membina rasa dipunyai dan diterima oleh orang lain.
10. menolong peserta membina semangat dan berwibawa menghadapi risiko dan menunjukkan kepada mereka bahawa risiko juga  mempunyai ganjaran yang tinggi.

Pemilihan Peserta

- proses pemilihan peserta harus dilakukan dalam dua hala iaitu :

1. kaunselor memberi peluang kepada individu yang berminat untuk bertanya dan membuat keputusan sama ada nak jadi ahli ataupun tidak.

2. kaunselor haruslah menentukan jenis kelompok pada awal-awal lagi. misalnya 10 orang sahaja atau lebih atau kurang.

Bilangan Ahli

1. bilangan ahli dalam sesuatu kelompok terpulang kepada beberapa faktor seperti umur, jenis masalah, pengalaman kaunselor, objektif yang hendak dicapai, masa dan tempat pertemuan.
2. sekiranya ahli kelompok itu terdiri daripada individu yang mempunyai masalah yang berat dan mendesak, maka bilangan yang kecil amat sesuai seperti 2 -4 orang.

Proses Kaunseling Kelompok

- peringkat pertama - permulaan

- peringkat kedua - konflik dan konfrantasi

- peringkat ketiga - perkembangan dan rasa bersepadu

- peringkat keempat - hasil

- peringkat kelima - penamatan (kesimpulan)

Sabtu, 31 Disember 2011

Barah @ Kanser : Tanda-tanda Awal Kanser


Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi.

TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.
5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil
p/s : Untuk hindari makanan berlemak dan bergoreng sgt sukar, tp no 2,3,4 ok jek. Yang no 5 memang sedang diamalkan…


sumber : mynewshub

Ahad, 25 Disember 2011

Q & A : Jawapan Tuan Guru Dato Dr. Harun Din tentang Pukau

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
kejadian pukau dikatakan semakin berleluasa berlaku sekarang..
kandungan isi di bawah di copy paste dari (klik sini) adalah semata2 untuk perkongsian dengan semua pembaca.

Soalan
Ustaz, terlalu banyak kejadian kecurian di rumah atau premis perniagaan, pencuri memasuki bangunan tersebut dengan menggunakan apa dipanggil ilmu pukau. Betulkah ada ilmu pukau? Sehinggakan yang tidak tidur pun dipukau juga? Ada kepercayaan bahawa untuk mengelakkan pukau, maka hendaklah dipelihara ikan di dalam rumah. BEtulkah ini ustaz dan bolehkah diamalkan?
Saya secara peribadi kurang arif fasal pukau. Kata orang , pukau adalah untuk membuat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya.
Ada juga dikatakan, dipukau orang yang sedang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya.
Hal-hal sebegini acap kali didedahkan kepada saya. Oleh itu sebagai kesimpulan, hal-hal sebigini memang boleh berlaku dalam masyarakat kita. Pukau ini sebenarnya, suatu ilmu atau teknik yang digunakan seperti mana di Barat. Ia dinamakan sebagai ‘hypnotism’ atau disebut dengan istilah ‘hypnotic’.
Kamus dewan merujuk ‘hypnotism’ sebagai memukau atau terpukau, sama juga dengan ‘hypnotic’ yang disebut sebagai renungan yang memukau.
Umum mengetahui bahawa ‘hypnotism’ ada suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk manusia.
Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya untuk menguasai orang lain.
Ia termasuk menidurkan orang yang sedang sedar atau menguasai fikiran orang itu dengan tenungan dan kadang-kadang dengan hembusan. Teknik hembusan juga termasuk dalam salah satu cabang ilmu sihir dengan kekuatan kuasa hembusan yang dikaitkan dengan asosiasi (perhubungan) dengan makhluk halus, maka berlaku penguasaan sepenuhnya atau sebahagian ke atas seseorang.
Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.
Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):
Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-­Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
A1-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.
Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.
Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat mi menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga­takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.
Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau mi, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.
Sememangnya apabila berlaku sesuatu yang tidak baik, ada pencegahnya. Disebut dalam perubatan, sebagai vaksin. Saya sendiri tidak pasti apakah dengan membela ikan boleh menghalang atau menghadang dari berlakunya pemukauan.
Pada pemerhatian saya, apa yang berlaku, ada rumah yang membela ikan, dimasuki pencuri dan tuannya sedar. Ada pemilik sebuah kedai ikan (kenalan saya), menjual ikan-ikan hiasan di rumah termasuk ikan kelisa, dicuri orang dalam keadaan beliau dan pekerjanya sedar, tetapi dicuri di hadapan mata.
Sukar untuk dipercayai, sekadar membela ikan boleh menghindari kejadian seperti itu. Bagaimanapun untuk menghindarinya, lebih baik kita rujuk kepada amalan-amalan sunnah.
Seperti yang pernah disebut Nabi (maf­humnya), bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji ajwah (tamar madinah), maka dia tidak akan terkena sihir.
Kesimpulannya untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;
1. Baca doa berikut:

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.
Inilah amalan yang diterima oleh syarak.
Waalahu a’lam.

Khamis, 22 Disember 2011

Kahwin lambat punca kesuburan turun

PUTRAJAYA - Fenomena kahwin lewat dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan dalam kalangan penduduk Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, faktor berkenaan menyebabkan purata kadar kesuburan penduduk telah mencatatkan penurunan daripada tiga orang anak pada tahun 2000 kepada 2.2 orang sahaja pada tahun 2010.
"Jika dahulu, kebanyakan pasangan berkahwin pada usia yang sangat muda iaitu sekitar awal 20-an tetapi kini berbeza dengan pasangan pada masa ini rata-rata memilih untuk berkahwin pada usia awal 30-an.
"Kelewatan mendapat zuriat berikutan perkahwinan yang lambat mempengaruhi kadar kesuburan dan seterusnya kependudukan negara," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Nor Mohamed, statistik itu berdasarkan indikator demografi Malaysia pada tahun 2000 dan tahun 2010 yang dibentangkan dalam Laporan Ketiga Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Katanya, fenomena kahwin lewat menyumbang kepada kelewatan jangka masa mendapat anak sekali gus menyebabkan penurunan kadar kesuburan.
sumber : kosmo

Khamis, 24 November 2011

Empat orang di Singapura cuba bunuh diri


SINGAPURA - Empat atau lima orang dilaporkan cuba membunuh diri di Singapura setiap hari.
Sekurang-kurangnya seorang berjaya. Doktor dan pekerja sosial perubatan berkata, mereka yang cuba membunuh diri kini merebak di kalangan lebih muda, lapor The Straits Times.
Harian itu menyebut Ketua Perkhidmatan Sosial Perubatan, Hospital Besar Singapura (SGH), Esther Lim sebagai berkata, masalah itu pernah menjejas orang-orang tua saja, tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini ia merebak di kalangan mereka dalam usia 30-an dan 40-an.
Bagi mereka, penyebabnya biasanya adalah perhubungan yang gagal dan hutang yang besar, kata beliau.
Kadar percubaan bunuh diri ini berdasarkan maklumat hospital. Hospital lebih besar seperti SGH dan Hospital National University (NUH), berkata mereka menangani satu kes sehari. Hospital kecil seperti Hospital Khoo Teck Puat menangani kes itu selang sehari. — Bernama

Alasan-alasan untuk membunuh diri (bukan sahaja di singapore..seluruh dunia)
Tidak adanya satu faktor tunggal yang dapat diterima sebagai sebab sejagat untuk membunuh diri. Bagaimanapun kemurungan merupakan fenomena yang paling biasa di kalangan mereka yang membunuh diri. Faktor-faktor yang berkait adalah seperti yang berikut:
  • Sakit (umpamanya sakit yang amat sangat atau penderitaan yang tidak dapat dirawat)
  • Tekanan (umpamanya kesedihan selepas kematian orang kesayangan)
  • Jenayah (umpamanya mengelakkan hukuman dan penyahinsanian, atau juga kebosanan pemenjaraan)
  • Penyakit jiwa dan ketakdayaan (umpamanya kemurungan, gangguan dwikutub, trauma, dan skizofrenia)
  • Kecederaan yang membawa bencana (umpamanya kelumpuhan, kecacatan, dan kekudungan)
  • Penyalahgunaan dadah
  • Persekitaran yang tidak menyenangkan (umpamanya penganiayaan seks, kemiskinan, ketiadaan tempat berteduh, diskriminasi, pembulian, ketakutan akan pembunuhan dan/ataupenyeksaan)
  • Kerugian kewangan (umpamanya ketagihan perjudian, pengangguran, kehilangan harta, kejatuhan pasaran saham, dan hutang)
  • Persoalan-persoalan seks yang tidak dapat diatasi (umpamanya lencongan seks,cinta yang tidak berbalas, dan keruntuhan perkahwinan)
  • Untuk mengelakkan rasa malu atau aib (umpamanya dalam ajaran Bushido, jika seseorang samurai gagal mempertahankan maruahnya, dia boleh mengambil jalan keluar dengan melakukan seppuku.)
  • Sikap suka ambil tahu (umpamanya keperluan untuk mengetahui keadaan selepas seseorang mati)
  • Kebosanan (umpamanya ketakpuasan terhadap kehidupan boleh mengakibatkan kes membunuh diri yang lebih terancang)

MEMBUNUH DIRI ADALAH DOSA BESAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...