Nuffnang ads

Nuffnang ads..klik je..tak kena bayar pun..

Jumaat, 26 November 2010

study hard...

Alhamdulillah dah abis 4 paper tadi..
ada 3 paper je lagi, minggu depan 2, minggu lagi depan 1..
minggu ni 4 paper tersilap strategi..
tak tau la markah nanti cmne..
harap2 la xde yang teruk sangat..
minggu ni giler punyer study..
sampai rumah nampak macam tongkang pecah...hahaha..
al maklum la 4 paper berturut2 dalam masa 3 hari..
otak dah hampir tepu..
malam ni hilangkan ketepuan otak dengan main futsal..
jom la sape nak ikut..
kat raja futsal, parit raja, batu pahat..
jom jom jom...
ni ada pic rumah aka tongkang pecah..hahaha...

camni la klu study last minit..
jangan tiru ye..hahaha..

Isnin, 22 November 2010

Bersiap sedia untuk berperang esok..

esok start exam..yahuuuuu!!!!!!!!
minggu ni ada 4 paper..rabu 1, khamis 1, jumaat 2..
minggu depan ada 2paper...rabu 1, jumaat 1..
minggu lagi depan dari minggu depan ada 1 paper..rabu 1 paper..
pastu merdeka..hahaha..
tapi takleh balik kampung lagi..
13 & 14 hb ada program pulak..
masa cuti ni la U nak kacau buat program..
macam la hari lain takleh buat..
kacau betul la..
apa2 pun sekarang ni masa untuk study..
study rajin2..jangan malas2..
kalau malas aku hempuk kepala atas meja..hahaha
akan berehat sebentar daripada berblog..
kawan2 semua wish me gud luck ye..
doakan kejayaanku..
terima kasih..
sayang kamu semua..
bye2..
Assalamualaikum..

Sabtu, 20 November 2010

english premier league highlights fixtures 14

ni ada beberapa highlights game epl semalam..yang best bila arsenal dan chelsea kalah..kena pulak liverpool menang..tidur dengan tersenyum semalam..hehe..enjoy it..

liverpool 3 - west ham 0
video

birmingham 1 - chelsea 0
video

arsenal 2 -tottenham 3
video

bolton wanderers 5 - newcastle united 1
video

manchester united 2 - wigan 0
video

game arsenal vs tottenham & liverpool vs west ham semalam memang best..rugi la sape2 tak tengok semalam..ok..sekian saja untuk kali ni..selamat menonton..

Khamis, 18 November 2010

Ehoza: Candid Photo Contest

kepada sesiapa yang suka gambar ini boleh la mengundi dengan cara "like" pada gambar ni kat wall ehoza.com pada facebook..sebelum tu anda kena like wall ehoza.com dulu..jom like ramai2..hehehe..sila klik pada gambar atau link kat bawah untuk ke wall ehoza.com..

http://www.facebook.com/ehozadotcom

Rabu, 17 November 2010

Kemeriahan Aidiladha

meriah juga aidladha kat batu pahat ni tapi tak la semeriah kat kampung halaman terengganu..apapun bersyukur la dengan nikmat yang diberi Allah S.W.T..ni ade sedikit gambar korban kat depan rumah..letih jugak hari ni tapi best..dapat pengalaman..camne sambutan kat tempat anda??meriah tak??








sape nk kepala lembu??hahahaha..

Isnin, 15 November 2010

1st time raya di perantauan...


sedihnya raya tahun ni tak dapat balik kampung..ni la 1st time dlm 23 tahun raya tanpa family..aarrrghhhh..rindu kat kampung..rindu kat ayah, mak, adik2 n kwn2 kat kampung..semua dah tanya balik kampung ke tak..sedihnya tak dapat makan ketupat kat kampung..hehehe..kena pulak tadi terlayan lagu raya..lagi la sadis..kepada mak, ayah, kakak2, adik2,kawan2 dan semua umat islam :

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

raya esok jangan lupa orang ka sini..hehehe
  

kelebihan Zulhijjah


BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.
Rasulullah SAW menyebut: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani)

Ini juga dinyatakan dalam firman Allah SWT bahawasanya: “Demi Fajar dan hari-hari yang 10.” (Al-Fajr, 1)

Majoriti ulama menyatakan 10 hari itu merujuk kepada hari pertama hingga 10 Zulhijjah dan bukan 10 terakhir Ramadan. (Zad Al- Ma’ad, Ibn Qayyim)


Ia juga disebut oleh baginda Rasulullah SAW bahawasanya: “Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan daripada 10 hari ini.” (Riwayat Al-Bukhari)

Sebagaimana kita sedia maklum, beberapa amalan digalakkan untuk sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah yang diketahui sangat besar pahalanya, seperti:

1. Berzikir.

Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘La ilaha Illa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’. Ia bersumber daripada hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sahih oleh Imam Al-Munziri di mana Allah SWT menyebut ertinya: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Al-Hajj, 28)

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah 10 hari Zulhijjah ini dan ini juga adalah pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa.

Sangat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula hari terbaik untuk berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda mengenai kelebihan Hari Arafah, bahawasanya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Baginda juga menyatakan puasa itu menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.

Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ia sangat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.

Sungguh biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang sangat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5. Bertakbir.

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali menyatakan, permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tasyrik.

6. Melakukan sembelihan korban.

Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban,” dan “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda ketakwaan hati.” (Al-Hajj, 32)

Hadis Riwayat At-Tarmidzi, Abu Daud, Gharib menyebut: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang).”

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama, termasuk sahabat besar seperti Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar Al-Khattab RA dan Ibn Mas’ud RA berpendapat ia WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim bahawasanya: “Barang siapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan sudah masuk 10 awal Zulhijjah, maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan.” (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah RA pernah meriwayatkan beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan korban.

Aisyah RA menyebut bahawa tiadalah Rasulullah SAW mengharamkan apa- apa (ketika menunggu masa untuk menyembelih) hinggalah sampai waktu sembelihan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dibenarkan memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan kewajipan lain.

Tidak dibenarkan berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang disembelih dari pasar, lalu disedekahkan atas niat korban.

Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa saja dan bukan korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya saja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.

Firman Allah SWT: “Daging unta dan darahnya sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj, 37)

Untuk melakukan korban, binatang yang sebaik-baiknya ialah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri dan kambing.

Dalam menentukan pembahagian daging ini, daging korban yang dilapah perlu dibahagikan satu pertiga kepada individu yang berkorban, satu pertiga kepada fakir miskin, jiran serta saudara mara dan selebihnya satu pertiga kepada sesiapa yang memintanya.

Ini berdasarkan firman Allah SWT bahawasanya: “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir,” (Al-Haj, 28) dan ayat ke-36 surah Al-Haj: “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya.”

Bagaimanapun, dilarang memberi upah kepada tukang lapah dan penyembelih atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal).

Namun, ia ‘harus’ jika termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberi secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

Malah, daging korban juga tidak dibenarkan dijual sebagaimana dipersetujui majoriti ulama.

Selain daripada itu, dalam menentukan syarat sah korban, sesebuah organisasi atau syarikat tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan dan menyembelih korban atas nama syarikat.

Ini adalah kerana korban mesti dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu, dan semestinya bukan untuk organisasi yang bukan manusia.

Dalam melaksanakan korban ini, Rasulullah SAW menamakan hari sembelihan, iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih: Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya apa itu Haji Akbar, beliau menjawab: “Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Menurut Ulama, itulah yang dimaksudkan dalam ayat surat At-Taubah tetapi sesetengah ulama lain membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah.

Sesetengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA yang menyatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa.

Ia juga disebut oleh Imam Al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Namun, ada sahabat mengatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat, manakala Saidina Ali pula mengatakan ia hari korban pada 10 Zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wukuf di Mina (hari Tasyrik).

Akhirnya, perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Aidiladha menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia (kecuali jika benar-benar sesebuah negara itu mengikut rukyah).

Ahad, 14 November 2010

english premier league highlights update

ni ada 2 highlights 2 game semalam..game2 ni memang best tapi yang paling best tengok chelsea rebah di laman sendiri..hohohohoho..

ni everton 1 vs arsenal 2
video


ni chelsea 0 vs sunderland 3
video

I SUPPORT NUR SOLEHAH

I SUPPORT NUR SOLEHAH

semoga berjaya..

english premier league highlights

ni ade beberapa highlights game epl semalam..tapi tak semuanya..hope enjoy..

ni aston villa vs man utd..
video


ni tottenham vs balckburn..
video


ni man city vs birmingham
video

ni wigan vs west brom
video

ni stoke vs liverpool
video

ni je yang dapat hari ni..layankan aje..

Sabtu, 13 November 2010

english premier league result

 ni result penuh untuk malam ni :

aston villa 2 - manchester united 2
manchester city 0 - birmingham city 0
wolverhampton 2 - bolton 3
newcastle 0 - fulham 0
tottenham 4 - blackburn 2
west ham 0 - blackpool 0
wigan 1 - west bromwich 0
stoke city 2 - liverpool 0..

jadual malam esok :

everton vs arsenal   10.00pm
chelsea vs sunderland    12.10 am







china vs malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

teramat la sakit hati tengok game china vs malaysia tadi..walaupun tengok 2nd half je tapi dah memadai untuk aku sakit hati..macam mana la sukan asia pun boleh jadi macam ni..bola kat kampung aku pun tak pernah jadi macam ni lagi..china 3 - malaysia 0..player china 12 - malaysia 8..berbulu jugak la tengok pengadil tu..kat bawah ada video ketiga2 red card..macam haram..

ni 1st red card..
video

ni 2nd red card..
video

ni 3rd red card..
video

tapi sekarang dah kurang sedih sebab manchester uited draw nga aston villa..hahahaha..walaupun man u tak kalah tapi seri tu pun dah cukup bagus..malam ni layan bola sampai 6 pagi..hehehehe..

relay



MAKSUD RELAY :
Relay adalah satu suis elektrik yang boleh dibuka dan ditutup di bawah kawalan litar elektrik yang lain. Dalam keadaan biasa, suis dioperasi oleh elektrik untuk membuka atau menutup sesentuh. Disebabkan relay boleh mengawal keluaran litar masukan, ia boleh dianggap sebagai satu jenis amplifier untuk elektrik. Ia berfungsi untuk menghubungkan atau memutuskan aliran arus elektrik yang dikawal dengan memberikan tegangan dan arus tertentu pada gegelungnya.

OPERASI RELAY :
Rajah dibawah menyatakan secara ringkas bagaimana relay beroperasi :
Dalam rajah 2a, relay berada dalam keadaan tertutup. ‘Metal arm’ berada dalam keadaan rehat dan sesentuh berada pada keadaan Normally Close (NC). Dalam rajah 2b, arus melalui gegelung yang menyebabkan medan magnet terjadi dan menarik suis untuk berada pada keadaan Normally Open (NO).


Operasi Reed Relay




  1. Apabila bekalan kuasa disalurkan dan melalui terminal 85 & 86, arus mengalir melalui gegelung wayar yang kecil. 
  2. Ini akan menghasilkan medan magnetik pada bar yang mengelilinginya
  3. Pada waktu ini, kepingan besi @ steel plate akan tersentap dan membuat sambungan.
  4. Apabila bekalan kuasa ditutup pula, spring yang terdapat di dalamnya akan menarik kepingan besi balik daripada bar magnet.
  5. Kelebihan pada prinsip operasinya ialah kita boleh menggunakan arus dalam kadar yang rendah untuk menghidupkan sebuah litar yang terdapat arus yang jauh lebih tinggi. Tambahan pula, kaedah ini ialah suatu kaedah yang mudah dan selamat.
 
JENIS-JENIS RELAY :
Pelbagai jenis relay yang terdapat di pasaran salah satunya adalah Electromechanical Armature Relay. Ia diperbuat daripada gegelung dan sesentuh. Apabila gegelung dimasukkan ia akan menghasilkan medan magnetik yang bergerak kearah armature yang mana akan membuka atau menutup sesentuh.

Umumnya relay terdapat dua jenis iaitu Non-Latching dan Latching.

Non-Latching Relay
Non-Latching akan ke posisi Normally Closed (NC) apabila tekanan kepada spring atau magnet kekal di mana tiada arus mengalir. Normally Open (NO) pula akan terjadi apabila medan magnet mempunyai arus yang melalui gegelung dan apabila arus berhenti relay akan berbalik ke NC. Ia berguna untuk mengawal aplikasi yang mana suis mesti berbalik kepada asal apabila tiada arus.


Latching
Ia boleh mempunyai satu atau dua gelung dan tidak mempunyai kedudukan lalai dan akan kekal kepada kedudukan akhir apabila arus berhenti. Ia berguna kepada aplikasi yang mana apabila bekalan kuasa dihadkan, ia tidak memerhatikan arus yang mengalir untuk kekal kepada kedudukan asal. Dalam latching satu gelung, arah aliran arus ditentukan oleh kedudukan relay. Dalam latching dua gelung, gelung itu sendiri akan menentukan kedudukan armature.



 sumber : modul PLC

Jumaat, 12 November 2010

satu setengah tahun di UTHM...episod 2...

bertemu lagi kita di satu setengah tahun di UTHM...episod 2...final exam dah dekat..study tak start lagi..apa2 pun layan dulu..bagi refresh sikit otak ni..hahahaha..





 ni time kem kepimpinan pelajar..pelajar dari smk Dato Onn, batu pahat..masa ni dah cuti..ramai dah yang balik kampung..tinggal beberapa kerat je yang sanggup berkorban masa cuti..walaupun banyak dugaan tapi enjoy sangat2..hehehe..








ni yang paling best..trip ke sabah anjuran kelab fotografi..banyak kenangan kat sini..sebab trip ni la hard disk laptop aku hmpir penuh..terlalu banyak gambar..hehehe..masa dan lepas trip ni la aku berbahagia..tapi ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya panas ditengah hari..hehehe..jiwang pulak..xde la..aku sentiasa berbahagia bila2 masa..hehehe..sekian untuk kat sabah..



ni masa perarakan konvokesyen kat dataran batu pahat..masa g ok je..tapi masa nak balik tu memang macam !@#$%^..ada ke patut tengah hujan tu dia suruh keluar g cari bas lain..memang tak patut..apa2 pun benda dah jadi..so enjoy je la..hahahaha..










ni konvoi raya ke muar..raya ke berape ntah..beraya kt rumah keluarga angkat tapi rumah keluarga angkat aku tak g pun..dari pagi sampai ke malam..berat aku naik 3 kilo lepas konvoi ni..seminggu lepas tu turun balik ke berat yang asal..hahahaha..




ni family angkat aku..ayah,adik ppuan dan mak..yang laki 4 orang sekali nga aku ni semua pelajar UTHM..adik beradik angkat aku la..sorang tu dari somalia..raya haji ni InsyaAllah beraya kat sana..

ni kat rumah dato panglima..ada kenduri kesyukuran..rumah memang besar..3 tingkat..paan nak ambik dato panglima jadi ayah angkat dia..aku nak ambik dato panglima jadi bapak mertua aku..hahahahahahaha...maknanya nanti paan jadi abang angkat aku la..

sekian..tamat..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...