Nuffnang ads

Nuffnang ads..klik je..tak kena bayar pun..

Sabtu, 13 November 2010

relay



MAKSUD RELAY :
Relay adalah satu suis elektrik yang boleh dibuka dan ditutup di bawah kawalan litar elektrik yang lain. Dalam keadaan biasa, suis dioperasi oleh elektrik untuk membuka atau menutup sesentuh. Disebabkan relay boleh mengawal keluaran litar masukan, ia boleh dianggap sebagai satu jenis amplifier untuk elektrik. Ia berfungsi untuk menghubungkan atau memutuskan aliran arus elektrik yang dikawal dengan memberikan tegangan dan arus tertentu pada gegelungnya.

OPERASI RELAY :
Rajah dibawah menyatakan secara ringkas bagaimana relay beroperasi :
Dalam rajah 2a, relay berada dalam keadaan tertutup. ‘Metal arm’ berada dalam keadaan rehat dan sesentuh berada pada keadaan Normally Close (NC). Dalam rajah 2b, arus melalui gegelung yang menyebabkan medan magnet terjadi dan menarik suis untuk berada pada keadaan Normally Open (NO).


Operasi Reed Relay




  1. Apabila bekalan kuasa disalurkan dan melalui terminal 85 & 86, arus mengalir melalui gegelung wayar yang kecil. 
  2. Ini akan menghasilkan medan magnetik pada bar yang mengelilinginya
  3. Pada waktu ini, kepingan besi @ steel plate akan tersentap dan membuat sambungan.
  4. Apabila bekalan kuasa ditutup pula, spring yang terdapat di dalamnya akan menarik kepingan besi balik daripada bar magnet.
  5. Kelebihan pada prinsip operasinya ialah kita boleh menggunakan arus dalam kadar yang rendah untuk menghidupkan sebuah litar yang terdapat arus yang jauh lebih tinggi. Tambahan pula, kaedah ini ialah suatu kaedah yang mudah dan selamat.
 
JENIS-JENIS RELAY :
Pelbagai jenis relay yang terdapat di pasaran salah satunya adalah Electromechanical Armature Relay. Ia diperbuat daripada gegelung dan sesentuh. Apabila gegelung dimasukkan ia akan menghasilkan medan magnetik yang bergerak kearah armature yang mana akan membuka atau menutup sesentuh.

Umumnya relay terdapat dua jenis iaitu Non-Latching dan Latching.

Non-Latching Relay
Non-Latching akan ke posisi Normally Closed (NC) apabila tekanan kepada spring atau magnet kekal di mana tiada arus mengalir. Normally Open (NO) pula akan terjadi apabila medan magnet mempunyai arus yang melalui gegelung dan apabila arus berhenti relay akan berbalik ke NC. Ia berguna untuk mengawal aplikasi yang mana suis mesti berbalik kepada asal apabila tiada arus.


Latching
Ia boleh mempunyai satu atau dua gelung dan tidak mempunyai kedudukan lalai dan akan kekal kepada kedudukan akhir apabila arus berhenti. Ia berguna kepada aplikasi yang mana apabila bekalan kuasa dihadkan, ia tidak memerhatikan arus yang mengalir untuk kekal kepada kedudukan asal. Dalam latching satu gelung, arah aliran arus ditentukan oleh kedudukan relay. Dalam latching dua gelung, gelung itu sendiri akan menentukan kedudukan armature.



 sumber : modul PLC

7 comments:

Mohd Firdaus berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
tqah berkata...

loh...wat psm sal relay ke?...ke assgmnt...

Mohd Firdaus berkata...

xconfirm lg tajuk ni..tp dh bagi dh..tkt kna reject..klu x kna reject nnt relay ni kna wat alat bntu mngajar..

tqah berkata...

ooo..adk tqah pn wat tajuk ni jgk klu x silap...wat tuk alat bantu mengajar...

Mohd Firdaus berkata...

yeke..dia wat cmne..bleh la ambik idea ckit..

tqah berkata...

kena ty dia la..hehe

Mohd Firdaus berkata...

tlg la tnye..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...