Nuffnang ads

Nuffnang ads..klik je..tak kena bayar pun..

Rabu, 26 Januari 2011

Asingment oh tugasan!!!

Assalamualaiku w.b.t. pembuka bicara..

dah lama tak update blog ni..
bw pun dah lama tak buat..
bukan taknak update..
tapi sekarang ni masa tak mengizinkan..
tersangat la busy sem ni..
ni pun tengah siapkan asingment..
jap lagi nak kena hantar..
kawan2 yang lain tengah syok tido..

k la nak kena siapkan asigment dulu ni..
nanti ada masa memang akan bw sampai sakit pinggan la..hehe..
sekian sahaja untuk kali ni..
wasalam..

Selasa, 18 Januari 2011

Roberto Carlos goal..

 Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Musim bola sepak Brazil bermula dengan gol menarik daripada sepakan sudut bekas pemain pertahanan negara itu dan Real Madrid, Roberto Carlos, kelmarin. 
Jaringan Carlos dikenali sebagai gol Olimpik di Amerika Selatan membantu Corinthians menewaskan Portuguesa 2-0 pada minggu pembukaan Kejohanan Paulista.
Pemain berusia 37 tahun mengambil kesempatan kelekaan penjaga gol lawan, Weverton yang sibuk menyusun barisan pertahanan untuk merembat bola daripada sepakan sudut pada minit ke-20. - Reuters
 
gol Roberto Carlos ni memang cun la..
tak ramai yang boleh score camni..
jom layan video kat bawah ni..
video

Sabtu, 15 Januari 2011

Come around again

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara..

jom dengar lagu best ni..
memang best sangat2..
dengar lagu ni teringat kat kucing..hehe..
kucing aku seolah2 nak melarikan diri dari rumah aku je..
biasanye kucing ni duk main depan rumah je..
hari ni dah main jauh sikit..
hujan tadi pun taknak balik rumah..
sanggup duk tengah hujan..
dah nak malam pun kucing ni tak balik lagi..
harap2 jap lagi balik la..
apa2 pun jom layan dulu lagu ni..
jet - come around again..
video

Jumaat, 14 Januari 2011

Kehilangan kucing yang penuh tragis..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

suasana sedih menyelubungi rumah ku ini..
sekor anak kucing telah meninggal dunia..
kematianya amat tragis sekali..
dilenyek oleh proton wira..
pemilik proton wira tu penghuni rumah ni..
sekarang hanya tinggal berempat anak kucing kecil..
mesti si ibu mencari2 dimana anaknya sekor lagi..
si anak kecil yang lain juga mesti mencari dimana adiknya itu..
memang sedih..

Rabu, 12 Januari 2011

Jadual pembayaran pembiayaan PTPTN semester 2.

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
bagusnya ptptn ni..
sengkek aku..hahahaha..

Selasa, 11 Januari 2011

Kemalangan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

petang tadi masa nak g meeting ternampak la 1 kejadian ni..
ngeri jugak la..
sempat jugak snap gambar dalam kesibukan trafik..
jalan ni dah berlaku banyak kemalangan..
jalan ni memang salah 1 jalan bahaya kat malaysia..
jalan 4 lorong tapi takde divider..
kenderaan pulak banyak n laju2..
tempat kejadian ni lepas kedai line clear..
motor langgar kete viva..


so berhati2 la dijalan raya..
sekian wasalam..

Ahad, 9 Januari 2011

Kucing kena bakar hidup-hidup..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

baru je semalam upload gambar kucing..
malam semalam jupe pulak video kucing kena bakar hidup2..
memang kesian la kat kucing ni..
diorang ni memang teruk..
takde perikemanusian langsung..
nasib baik la bukan duk kat malaysia..
korang tengok la sendiri camne diorang bakar kucing..
memang sial la diorang ni..

video

saya sayang kucing saya..
sekian wasalam..

Teman-teman kesunyianku..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

ini pun teman2 ku jugak..hehehe..
 kucing vs tupai..sama besar je..

 kucing rumahku bertelur..ni tengah mengeram telur..hehehe

kasih ibu..hehe

total semua ada 7 ekor kucing kat rumah aku ni..
yang kecik ada 5, besar ada 2..
best jugak ada kucing ni..
ada la teman time takde sape kat rumah..
tak la boring sangat..hehe..

ok sekian wasalam..

Jumaat, 7 Januari 2011

Hari minggu yang membosankan..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

setiap kali hari minggu memang membosankan..
ditambah lagi dengan keadaan kewangan yang tak stabil lagi..
nak kuar jalan2 pun jadi malas..
bila la ptptn nak masuk ni..
hari ni duk depan laptop je la kejenya..
orang lain dah keluar jalan2..
kalau ada kelas hari ni kan best..
tak la boring sangat..
belajar lagi best dari cuti..
sape suka belajar angkat tangan..hehehe..

Penangan Futsal..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

apa khabar semua kawan2..
harap2 la semua ok..
kalau yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat..


malam tu main futsal 2 jam..
balik rumah tu kuku je sakit2..
kuku dah nak out of services..
pagi keesokkan tu baru la terasa penangan futsal yang betul2..
otot jadi keras..
sakit dari betis sampai paha..
pinggang ada la jugak sikit2..
nak jalan pun susah..
jalan g kelas pun tak betul..
naik tangga macam nak merangkak..
biasa g kelas jalan laju2 tinggalkan member2 kat belakang..
sekarang ni kena tinggal pulak kat belakang jauh2..
sampai sekarang pun tak ok lagi ni..
camni la jadinya kalau dah lama tak main..
masa cuti kat kampung pun duk depan laptop je..
takde buat keje berat apa2..
lepas dah ok ni mesti dapat main 3jam tanpa sakit dah lepas tu..hehehe..

sekian sahaja untuk kali ni..
wasalam..

Rabu, 5 Januari 2011

Cerita hari ini..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

hari ni ada suka dan ada juga yang duka..
macam2 perkara yang berlaku hari ini..


yang duka tu tajuk projek sarjana muda aku kena tolak..
kena la fikir tajuk lain..
tajuk dulu buat projek tapi sekarang ni kena buat kajian sosial pulak..
tarikh last hantar tajuk hari jumaat ni..
tajuk takde satu pun yang dah terfikir..
takde idea dah..
ada tak sape2 yang nak tolong aku..
aku sangat2 memerlukan bantuan..
kepala dah pening nak fikir..
nasib baik la aku berpegang pada prinsip there's no problem but only solution..
takde la jadi macam orang yang tak betul..


yang suka pulak aku dilantik untuk handle trip ke pulau perhentian..
pulau ni aku tak pernah pegi lagi..
tu yang jadi suka tu..
kena pulak ni 1st time aku nak handle program..
mesti la rasa teruja sangat2..hehehe..
tapi rasa takut pun ada ni..
1st time dah dapat tanggungjawab yang besar..
takut tak dapat nak handle program ni betul2 je..
tapi aku dapat pembantu2 semua yang bagus2 dan boleh buat kerja..
kiranya ringan la sikit beban aku ni..


satu lagi malam ni aku nak pegi main futsal..
main 2jam pukul 9 - 11 malam..
dah sebulan lebih tak main futsal ni..
memang rindu sangat2 kat gelanggang futsal tu..
rindu nak sepak bola kuat2..
sape2 yang nak join jom la..hehehe..

esok kelas pukul 8 pagi..
malam ni mesti tido lewat lagi..
tido lewat takpe jangan bangun lewat je..hehehe..
ok..ni nak bersiap untuk main futsal dah..
sekian wassalam..

Selasa, 4 Januari 2011

Akan datang..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sekarang zaman semakin canggih..
macam2 ada..
mungkinkah kita @ anak2 kita @ cucu2 kita akan jadi macam ni..
sama2 kita nantikan..hehehe..

gambar ni jumpa kat facebook..
lupa dah sape yang upload..
jangan marah..
hehehe..

Ahad, 2 Januari 2011

Esok bermula la kuliah..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

esok bermula la kuliah untuk tahun 3 semester 2..
malasnya nak bangu awal pagi..
jadual sem ni amat la tak best..
banyak kelas pagi..
malasnya la nak bangun pagi2 ni..hehehe..
sem ni tak seteruk sem lepas..
sem lepas ambik 20jam kredit..
sem ni 18 jam kredit je..
harap2 la boleh score sebanyak2nya..hehehe..
malam ni dah kena start tidur awal..
 kalau tak terlewat la g kelas esok..
kawan2 semua jom tidur awal malam ni..
esok boleh bangun awal..hehehe..
ni jadual sem ni..agak padat jugak la..

sekian sahaja untuk kali ni..
wasalam..

Sabtu, 1 Januari 2011

Bermula kembali kehidupan bujang..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

bermula kembali kehidupan bujang ku yang penuh cabaran..
kehidupan kat rumah sewa banyak ranjau duri..hehe..
tengah hari makan nasi bungkus..
malam makan kat kedai..
pagi memang tak makan sebab tak sempat..
baju basuh sendiri lepas ni..
nasib baik ada mesin basuh..
senang keje..hehehe..
baju kena lipat sendiri..
macam2 benda kena buat sendiri..
masa cuti bangun tido je dah ada makanan..
sekarang bangun tido kena mandi n beli nasi..

ada tak sape2 nak jadi suri rumah tangga ku..
sangat memerlukan sekarang ni..hehehe..
sekian sahaja..

Selamat sampai di UTHM..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Alhamdulillah dah selamat sampai ke destinasi..
bertolak dari rumah pukul 9 pagi..
sampai kuantan pukul 11 pagi..
bertolak dari kuantan pukul 1..
sampai ke destinasi pukul 5..
cuaca hari ni hujan kat terengganu..
sampai kuantan panas..
sampai johor pun panas..
hujan kejap2 je..
tadi jalan clear sangat2..
memang syok la..
sampai segamat je banyak kenderaan..
tak sempat nak rehat lagi dah online..hehehe..
pinggang ni hampir2 bengkok..
tak berhenti makan pun tadi..
lapar yang teramat sangat ni..
jom la sape2 yang nak belanja makan..hehehe..
terima kasih banyak2 ye yang mendoakan selamat sampai..
sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...