Nuffnang ads

Nuffnang ads..klik je..tak kena bayar pun..

Khamis, 26 Mei 2011

Awas Lelaki Murah Senyuman..hehe..

Lelaki kurang senyum, pemalu lebih seksi di mata wanita

Awas kepada lelaki yang suka senyum.

VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.
Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.

Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.
Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.

“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.

Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.

Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.
“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters

p/s : senyuman itu satu sedekah. walau apa pun jom senyum sokmo. perempuan lagi ramai dari lelaki. diorang akan pilih juga lelaki yang suka senyum ni. orang ganu oyak senyum sokmo deh.hehehe..



sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakikurangsenyum_pemalulebihseksidimatawanita/Article/index_html

Isnin, 23 Mei 2011

Mak Bapak Pakai Sopan Tapi Si Anak Pakai Seksi

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi tapi mata masih lagi segar. Memang sudah biasa seperti keluang man. Siang tidur, malam pula berjaga. Internet pula sekarang ni laju suam-suam kuku je. Nak blogwalking pun jadi tersangat malas. dah banyak bulan dah tak blogwalking.

Teringat pula perempuan kat kedai makan tadi. kedai makan ni cukup terkenal kat pekan parit raja. masakannya  boleh dikatakan cukup sedap. back to the topic. ceritanya macam ni. masa perut tengah berbunyi menandakan tersangat lapar dan makanan masih tak kunjung tiba, datang la seorang pakcik duduk kat meja sebelah. pakcik ni pakai baju melayu dan berkain pelikat. tiada apa yang tak kena pun dengan pakcik ni. 5 minit kemudian baru la 2 orang perempuan dan seorang budak lelaki sampai dan duduk dengan pakcik tu. seorang perempuan tu berpangkat makcik dan kemungkinan adalah isteri pakcik tu. tak sempat nak tanya tadi. hehe.. pakaiannya memang sopan. dan seorang lagi perempuan berkemungkinan anak kepada pakcik dan makcik tu. muda lagi perempuan tu. gayanya macam berumur dalam lingkungan 20an. perempuan ni memakai legging dan berbaju tersangat la ketat sampai menampakkan buahnya yang seperti dipaksa duduk didalam baju dan mahu keluar kerana kelemasan. tudungnya memang tak pakai la. tak berkelip mata tengok. mantap bai. gambar takleh nak ambil dan tunjuk sebab takut nanti akan mengaibkan perempuan tu. identiti biarla rahsia.
kalau korang tengok apa yang korang akan cakap? perempuan tiada perasaan malu ke? kalau memang tak malu tu pun fikirkan la tentang mak dan ayah yang ada bersama. mereka berpakaian sopan tetapi anak mereka berpakaian menjolok tekak.hehe. nanti mesti ada yang akan cakap harapkan mak bapak je sopan. anak macam "tutttt". tambahan lagi, ni mesti mak bapak tak pandai nak besarkan anak dengan betul. apa perasaan mak dan ayah kalau mereka dengar orang cakap macam tu. mak bapak pun kena la tegur anak yang berpakaian macam tu. jom bersama-sama kita membasmi pencemaran alam sekitar yang semakin berleluasa ini. say no to legging.



p/s : kalau ada perempuan dah taknak pakai legging dan sayang nak buang boleh bagi aku untuk pakai kat dalam masa main bola..hahaha..tapi takut tak muat pula sebab bumper tak sama saiz..hehehehe..

Ahad, 22 Mei 2011

Stress atau Tekanan


Stress atau tekanan ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang melebihi had atau kapasiti kemampuan seseorang. Walaupun stres sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif, kadangkala ia boleh memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri atau berusaha mencapai yang terbaik.


Stres yang positif biasanya dalam bentuk jangka pendek, dapat memotivasikan diri, gembira, meningkatkan produktiviti, meningkatkan pencapaian, selesa, bermanfaat, penting untuk ketahanan fizikal dan mental dan ketajaman minda. Kesan negatif daripada stres ialah boleh membahayakan, terutama jika melaluinya bagi tempoh yang lama, terpaksa menggunakan tenaga simpanan, menyebabkan tekanan emosi, mengganggu sistem badan dan boleh mengubah cara seseorang itu berfikir.

Wujud dua personaliti individu yang dilanda stres :

Individu jenis A ialah yang bercakap laju, tekun bekerja, sangat kompetitif, bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kerja terbaik, menghargai masa, sukar untuk beristirahat, mudah marah dan gangguan.

Individu jenis B pula menangani masalah dengan sabar, kurang bersaing dengan orang lain, terlalu memikirkan masalah, kurang tumpuan terhadap had masa, tidak merasa bersalah jika ingin beristirahat, bekerja dengan pantas dan tidak mudah marah.

Bila kita berasa stres?
-Dalam bahaya
-Cuba melakukan banyak perkara dalam satu masa
-Pengurusan masa yang teruk atau menetapkan anggaran masa yang tidak munasabah
-Melengah-lengahkan urusan yang tidak menyenangkan
-Melakukan semua seorang diri
-Tidak sanggup berkata tidak
-Membuat keputusan tergesa-gesa mengikut gerak hati

Perkara biasa terjadi yang mungkin menyebabkan stres
-Seseorang memungkiri janji
-Masalah dengan komputer
-Tidak siap kerja
-Tidak boleh tidur
-Menggunting rambut tetapi dapat gaya tidak diingini
-Ingin mengadakan persembahan
-Memohon kerja
-Tiada masa untuk makan
-Kematian (ahli keluarga, kawan atau haiwan peliharaan)
-Pertengkaran, konflik dengan rakan
-Jadual yang tidak menentu
-Kehilangan sesuatu, misalnya beg duit atau telefon bimbit
-Prestasi kerja/tugas yang buruk
-Tergesa-gesa kerana kesuntukan masa menghadiri temu janji
-Rasa dipinggirkan
-Mengalami kecurian harta benda
-Menghadiri kelas yang membosankan
-Buku kira-kira yang tidak seimbang
-Putus cinta
-Kereta/motosikal rosak atau tayar pancit
-Kesukaran mencari parkir
-Lambat datang haid dan tertunggu kedatangannya
-Terperangkap dalam kesesakan jalan raya

Biasanya stres dikaitkan dengan fenomena melampau, misalnya:
-Terlalu banyak perubahan
-Pengharapan yang terlalu tinggi
-Terlalu banyak maklumat

Antara punca menyebabkan stres
-Perlu membentangkan kertas kerja atau projek — biasanya dihadapi oleh bos
-Kerja — tekanan kerja, bekerja dalam waktu yang panjang atau beban kerja
-Masa — mengejar masa
-Persekitaran — kadangkala kualiti hidup baik, ada masanya tidak, masalah yang ditimbulkan jiran
-Kesesakan lalu lintas — misalnya di Kuala Lumpur, kesesakan perkara biasa dan bertambah buruk jika  hujan lebat
-Masalah keluarga — menangani kerenah anak dan isu keibubapaan
-Bentuk badan — terutama wanita, jiwa tertekan apabila tidak mendapat bentuk badan yang diinginkan
-Isu kewangan
Tanda stres
-Fizikal — gangguan tidur, pening, migrain, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, sakit otot, ulser, cirit-birit, hipertensi, perut kurang selesa, mulut kering dan telapak tangan berpeluh
-Emosi — kelesuan, sedih, gelisah, tegang, rasa tidak layak, marah, suka bertengkar, mengelak berdepan masalah, menafikan ada masalah

Kenapa saya stres?
-Faktor diri — masalah kesihatan, perhubungan, emosi, perubahan gaya hidup dan konflik
-Faktor sosial — persekitaran, pekerjaan, taraf ekonomi
-Faktor trauma — berlaku situasi tidak diingini
-Faktor fikiran — risau dan takut sesuatu yang tidak pasti atau tidak diketahui

Kejadian Tanah Runtuh 1993 - 2011 (Selangor)

  • 11 Disember 1993: 48 maut apabila tiga blok kondominium 12 tingkat Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor, runtuh akibat gelinciran tanah, sekali gus meruntuhkan bangunan berkenaan
  • 25 Disember 1997: Tiga terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam kejadian di Km 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor .
  • 15 Mei 1999: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang, Selangor, terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian jam 5.20 pagi yang menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu 
  • 2 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga bekas Pengerusi Affin Bank, ranap selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan
  • Kejadian itu mengorbankan isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya, Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia
  • 31 Mei 2006: empat sekeluarga terkorban akibat tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang, Selangor 
  • 30 November 2008: Dua beradik mati tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Ulu Yam, Selangor. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, tidur dalam bilik mereka apabila tebing di belakang rumah runtuh lalu menghempap bahagian rumah banglo itu 
  • 6 Disember 2008: Tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, menggemparkan negara apabila meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo .

  • 21 Mei 2011 : Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Selangor.


    Takziah kepada semua mangsa..bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka..untuk yang terkorban bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah..Amin..

Jumaat, 20 Mei 2011

Sign board yang cool..

Assalamualaikum w.b.t.


LEGGING KETAT DI TEMPAT AWAM ITU GAYA FESYEN PELAYAN SEKS

cool la signboard ni..
sepatutnya diletakkan dimana2 sahaja..hehehe..
biar perempuan yang pakai legging tu rasa malu nak pakai..
seksa mata tau tak tengok perempuan pakai legging..
bukan yang muda je pakai..
yang tua pun ada sekali yang join pakai..
dah memang menjadi trend sekarang kan..
pakai tudung elok kat atas tapi kat bawah tu hampeh..
kalau nak pakai legging pun pakai kat rumah untuk tunjuk kat suami masing2..
jangan la pakai kat tempat2 awam..
mencemar keindahan alam..hehehe..
fikir la sendiri mana yang elok ye..
legging = bogel..
hentikan fesyen lucah ini..


Ahad, 15 Mei 2011

Protein rambut dalam roti, pau


KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cyscine’ yang disahkan haram penggunaannya.
Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.

Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.

Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.

Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau.

“Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam.


“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” katanya pada Seminar Usahawan IMP di sebuah hotel di sini, semalam.

Program disertai kira-kira 30 usahawan Muslim di negeri itu bertujuan memberi kesedaran kepada golongan terbabit mengenai kepentingan penggunaan bahan halal dalam produk makanan dan minuman dihasilkan mereka.


  Katanya, pengharaman bahan berkenaan begitu jelas kerana dalam Islam, makanan yang dimakan akan mempengaruhi sikap individu.

“Jika bahan makanan mengandungi organ manusia iaitu rambut, ia mempengaruhi sikap pemilik asal rambut itu kepada individu berkenaan.

“Jadi saya harap pengguna lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan tidak jelas dari mana datangnya terutama dijadikan sebagai bahan makanan mereka setiap hari,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, terdapat segelintir peniaga pisang goreng menggunakan plastik untuk menjadikan tepung lebih rangup sedangkan perbuatan mereka itu menyebabkan pengguna terdedah kepada kanser.

Katanya, hasil maklumat diperoleh, peniaga akan memasukkan plastik ke dalam minyak panas sebelum menggoreng pisang.

“Bukan sekadar menggunakan plastik ke dalam minyak panas, peniaga ini juga bertindak memasukkan perisa tambahan ke dalam tepung untuk menggoreng pisang,” katanya.

“Sedangkan kita tahu penggunaan bahan perisa boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada orang ramai dalam jangka panjang.

“Kesedaran perlu ada dalam diri peniaga supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata“ katanya.

p/s :macam2 ada sekarang ni..dulu babi, sekarang protein rambut pulak..awas kepada pengguna..sila la berhati-hati..sekarang dah takut nak makan roti,pau & pisang goreng..


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Proteinrambutdalamroti_pau/Article/index_html

Sabtu, 14 Mei 2011

gambaran muka suspek yang menyimbah asid di sekitar Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

kat bawah ni ada gambaran muka suspek yang menyimbah asid  di sekitar Kuala Lumpur..
kepada wanita2 di luar sana sila berhati2..
ambil lah langkah berjaga2 yang perlu contohnya yang naik kereta tu jangan la buka cermin..pasang je aircond..
1 lagi nak g jalan2 jangan jalan2 berseorangan..
bawa la teman seramai yang boleh..
kepada mangsa, harapan agar cepat sembuh..
kepada pihak berkuasa, cepat2 la tangkap suspek ni..
ramai sangat yang dah takut ni..

DIKEHENDAKI...ini fotofit suspek yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam tadi. Menurut polis, suspek dipercayai berumur lingkungan 30-an dan bermisai.


p/s : apesal la mamat ni nak simbah asid kt orang lain..xde keje lain ke nak buat..macam2 la..haishhh...

Jumaat, 13 Mei 2011

Lelaki 87 tahun pernah berkahwin 107 kali



BIDA - Seorang lelaki di Nigeria, Bello Maasaba berusia 87 tahun telah berkahwin dengan 107 wanita dan memiliki 185 orang anak, lapor sebuah akhbar kelmarin. Anak bongsunya baru berusia sebulan.
Bekerja sebagai seorang pengamal perubatan Islam, Bello kini memiliki 86 isteri berusia dari 19 tahun hingga 64 tahun. Sembilan isterinya telah meninggal dunia manakala dia menceraikan 12 yang lain.
"Saya mendapat ilham daripada Tuhan yang memberitahu saya wanita yang mana patut saya berkahwin," kata warga emas tersebut.
"Tanpa ilham tersebut, saya tidak akan mengahwini lebih daripada dua isteri," tambahnya. Dia tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah yang memiliki 89 bilik di sini.
Seluruh keluarganya termasuk mertua, ipar, sepupu dan anak saudara kini berjumlah sekitar 5,000 orang.
Bello pernah dipenjara tiga tahun lalu apabila dia enggan menceraikan semua isterinya kecuali empat isterinya seperti yang diarahkan pihak berkuasa agama Islam Nigeria.
Semasa kes itu dibicarakan, puluhan isterinya memberi keterangan bahawa mereka berkahwin dengan ikhlas. Selepas mendengar keterangan 57 wanita, hakim mahkamah terbabit mengarahkan supaya Bello dibebaskan.
Mengenai kehebatannya di ranjang, Bello memberitahu, ia adalah anugerah Tuhan. "Sekiranya saya gagal memuaskan isteri-isteri saya, mereka akan meninggalkan saya," ujarnya. - Agensi

p/s : ni ikut ajaran apa ni..bukan ke ajaran islam boleh ada 4 isteri je..ni siap ada 86 isteri..camne la sistem giliran isteri dia..hehehehe


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Henti lirik guna ayat suci

KUALA LUMPUR: Penulis lirik dan penyanyi nasyid digesa menghentikan penggunaan ayat suci al-Quran dalam lirik lagu nasyid kerana tidak menghormati kalam suci itu, kata Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Beliau berkata penggunaan tajwid dan wakaf ayat al-Quran tidak mengikut bacaan betul boleh membawa kepada syirik dan mengubah hukum Allah serta membuatkan maksud ayat tidak difahami.

“Kebelakangan ini, kumpulan nasyid banyak menggunakan ayat al-Quran dalam lagu mereka sehingga ada yang menggunakan ayat al-Quran dalam rentak lagu rock.

“Sebagai contoh, penyanyi nasyid Muadz Dzulkifli Al-Masaar menggunakan ayat 13-14 daripada surah Al-Zukhruf menerusi lagu ‘Sejahtera dalam perjalanan’ dan Nordin Jaafar melalui album ‘Mari Berdoa’.


“Penyanyi nasyid dari Arab tidak pula menggunakan ayat suci al-Quran dalam lirik lagu mereka tetapi hanya menggunakan susunan bahasa Arab saja,” katanya melalui rakaman video yang disiarkan di laman rasmi Masjid Negara dan laman sosial Youtube sejak 16 April lalu, yang mahu kebaikan dan kehormatan al-Quran dijaga dan dipelihara.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hentilirikgunaayatsuci/Article/index_html

Khamis, 12 Mei 2011

King Kenny sign Liverpool deal..YNWA..



Akhirnya King Kenny sign jugak kontrak selama 3tahun untuk menjadi pengurus tetap Liverpool.. Turut bersama sign kontrak first team coach, Steve Clarke, kontrak 3tahun jugak.. Diharap Liverpool tampil penuh bertenaga musim depan.. YNWA..

Liverpool manager Kenny Dalglish has been rewarded for reviving the team's fortunes with a three-year contract.

Dalglish took over the job from Roy Hodgson in January in a caretaker capacity with Liverpool 12th in the Premier League, four points above the relegation zone.
They have climbed to fifth going into the final two games of the season and have a great chance of qualifying for the Europa League.
First team coach Steve Clarke has also put pen to paper on a three-year contract.
Dalglish said: "I said when I took the job on in January that I was just happy to help the club out for the remainder of the season. Now the owners have decided in their wisdom that they want me to stay a little longer and it's fantastic news for both myself and Steve Clarke that we have signed these contracts.

Letter from Pepe Reina to King Kenny

Date: May 11, 2011
To,
Mr. Kenneth Dalglish,
Manager – Liverpool Football Club,
Anfield Road, Liverpool, L4 0TH
Sub: Transfer Request
Dear Sir:
Hope this letter finds you in the best of health. I apologize for not turning up for training today since I was suffering from a really bad mood as I mentioned in the text message I sent you.
I would like to bring your attention to a more pressing issue at hand, or at least my hands it seems. The issue about my involvement in what you call the first team of the Liverpool Football Club.
Sir, every since you and Mr. Steve Clark have come on board, I have had a terrible run on the field. When I was young, I was given to understand that football is a game played by a team of 11 versus another similar set. I’m surprised to see that although you’re worshipped by all the supporters, stakeholders, players etc of the club, I do not form a part of the 11. May be you have not noticed, but I really do not get to play football! In the past four months or so, the ball hardly comes to me. Ever since you joined, the total goals scored have only been 14 (as against 27 before you did). This statistic would mean that the defense and the goalkeeper have been stronger but my worry is that most of the work is done by the defenders that you pick and have trained.
During the last regime, every midfielder and defender was looking to pass the ball to me. Then I was supposed to hoof the ball at the striker. These days, even the defenders don’t pass the ball to me. The young guys have so much confidence that they tackle and dribble and pass the ball away to the midfield, or worse, they themselves make a run in to the opposing half. Even in other teams, there is so much focus on goalkeepers, like Tottenham and Arsenal.
Apart from the obvious desire of touching and kicking the football at football stadiums, there are other personal issues as well. My wife called me up in the half time of the Fulham game and was wondering what I was doing in London as if she was suspecting that I had lied that I would be playing with your team in the game. I understand her worries since the ball hardly came to me and my TV appearance was blink-and-you-miss. She promises that she didn’t blink too many times that evening. Even my agent and sponsors are getting worried. They say that I’m not getting too much TV time and it’s hurting my recognition among the fans and thus reducing the brand value. The momentum that you have cultivated in the team is so high that even after the first goal, the action shifted so quickly that I was hardly on TV. So much so, that I had to kick the ball away and make the referee give me a yellow card just to be on camera for a few seconds. It was helpful in preserving my vanity for the night.
Sir, such has been the performances of the rest of the blokes that even young kids like Flano and Robbo get so much TV time. With all due respect to Maxi, he was hardly on the substitutes bench earlier but now he is always on TV and newspapers. His wife made some really wonderful tacos the other day for him while I had to order pizza. He was taking a dig at me on phone. I was so jealous.
I should thank you for atleast mentioning me the other day about the balls I played that created a goal against Birmingham.
There were times when I was called into great saves. The defenders were lacking confidence, the strikers were nearer my post. I had so much company. There were so many attempts on my goal that I had so much TV time. My wife never doubted me. These days I only get to chat with Carra near the post. As scouse as I am now, there is still time before I start understanding what he says. The other day he said something but I could only understand he said ‘chair’ somewhere in between. I think he was suggesting that I should bring a chair along with me.
Given the above circumstances, I would like to submit a formal transfer request. I would now like to play more part in the outfield. You’ve made Dirk and Maxi into such prolific scorers. Jay and Lucas are never shy of taking a attempt. Raul had a super run under you. For God’s sake, even Joe Cole has scored! Please transfer me to the midfield so that I too can play football and can get rid of the above mentioned issues.
Truly,
Jose Manuel Pepe Reina

Hope that the readers find it quite revealing. Thanks! ;-) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...