Nuffnang ads

Nuffnang ads..klik je..tak kena bayar pun..

Jumaat, 13 Mei 2011

Henti lirik guna ayat suci

KUALA LUMPUR: Penulis lirik dan penyanyi nasyid digesa menghentikan penggunaan ayat suci al-Quran dalam lirik lagu nasyid kerana tidak menghormati kalam suci itu, kata Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Beliau berkata penggunaan tajwid dan wakaf ayat al-Quran tidak mengikut bacaan betul boleh membawa kepada syirik dan mengubah hukum Allah serta membuatkan maksud ayat tidak difahami.

“Kebelakangan ini, kumpulan nasyid banyak menggunakan ayat al-Quran dalam lagu mereka sehingga ada yang menggunakan ayat al-Quran dalam rentak lagu rock.

“Sebagai contoh, penyanyi nasyid Muadz Dzulkifli Al-Masaar menggunakan ayat 13-14 daripada surah Al-Zukhruf menerusi lagu ‘Sejahtera dalam perjalanan’ dan Nordin Jaafar melalui album ‘Mari Berdoa’.


“Penyanyi nasyid dari Arab tidak pula menggunakan ayat suci al-Quran dalam lirik lagu mereka tetapi hanya menggunakan susunan bahasa Arab saja,” katanya melalui rakaman video yang disiarkan di laman rasmi Masjid Negara dan laman sosial Youtube sejak 16 April lalu, yang mahu kebaikan dan kehormatan al-Quran dijaga dan dipelihara.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hentilirikgunaayatsuci/Article/index_html

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...