Nuffnang ads

Nuffnang ads..klik je..tak kena bayar pun..

Ahad, 22 Mei 2011

Stress atau Tekanan


Stress atau tekanan ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang melebihi had atau kapasiti kemampuan seseorang. Walaupun stres sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif, kadangkala ia boleh memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri atau berusaha mencapai yang terbaik.


Stres yang positif biasanya dalam bentuk jangka pendek, dapat memotivasikan diri, gembira, meningkatkan produktiviti, meningkatkan pencapaian, selesa, bermanfaat, penting untuk ketahanan fizikal dan mental dan ketajaman minda. Kesan negatif daripada stres ialah boleh membahayakan, terutama jika melaluinya bagi tempoh yang lama, terpaksa menggunakan tenaga simpanan, menyebabkan tekanan emosi, mengganggu sistem badan dan boleh mengubah cara seseorang itu berfikir.

Wujud dua personaliti individu yang dilanda stres :

Individu jenis A ialah yang bercakap laju, tekun bekerja, sangat kompetitif, bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kerja terbaik, menghargai masa, sukar untuk beristirahat, mudah marah dan gangguan.

Individu jenis B pula menangani masalah dengan sabar, kurang bersaing dengan orang lain, terlalu memikirkan masalah, kurang tumpuan terhadap had masa, tidak merasa bersalah jika ingin beristirahat, bekerja dengan pantas dan tidak mudah marah.

Bila kita berasa stres?
-Dalam bahaya
-Cuba melakukan banyak perkara dalam satu masa
-Pengurusan masa yang teruk atau menetapkan anggaran masa yang tidak munasabah
-Melengah-lengahkan urusan yang tidak menyenangkan
-Melakukan semua seorang diri
-Tidak sanggup berkata tidak
-Membuat keputusan tergesa-gesa mengikut gerak hati

Perkara biasa terjadi yang mungkin menyebabkan stres
-Seseorang memungkiri janji
-Masalah dengan komputer
-Tidak siap kerja
-Tidak boleh tidur
-Menggunting rambut tetapi dapat gaya tidak diingini
-Ingin mengadakan persembahan
-Memohon kerja
-Tiada masa untuk makan
-Kematian (ahli keluarga, kawan atau haiwan peliharaan)
-Pertengkaran, konflik dengan rakan
-Jadual yang tidak menentu
-Kehilangan sesuatu, misalnya beg duit atau telefon bimbit
-Prestasi kerja/tugas yang buruk
-Tergesa-gesa kerana kesuntukan masa menghadiri temu janji
-Rasa dipinggirkan
-Mengalami kecurian harta benda
-Menghadiri kelas yang membosankan
-Buku kira-kira yang tidak seimbang
-Putus cinta
-Kereta/motosikal rosak atau tayar pancit
-Kesukaran mencari parkir
-Lambat datang haid dan tertunggu kedatangannya
-Terperangkap dalam kesesakan jalan raya

Biasanya stres dikaitkan dengan fenomena melampau, misalnya:
-Terlalu banyak perubahan
-Pengharapan yang terlalu tinggi
-Terlalu banyak maklumat

Antara punca menyebabkan stres
-Perlu membentangkan kertas kerja atau projek — biasanya dihadapi oleh bos
-Kerja — tekanan kerja, bekerja dalam waktu yang panjang atau beban kerja
-Masa — mengejar masa
-Persekitaran — kadangkala kualiti hidup baik, ada masanya tidak, masalah yang ditimbulkan jiran
-Kesesakan lalu lintas — misalnya di Kuala Lumpur, kesesakan perkara biasa dan bertambah buruk jika  hujan lebat
-Masalah keluarga — menangani kerenah anak dan isu keibubapaan
-Bentuk badan — terutama wanita, jiwa tertekan apabila tidak mendapat bentuk badan yang diinginkan
-Isu kewangan
Tanda stres
-Fizikal — gangguan tidur, pening, migrain, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, sakit otot, ulser, cirit-birit, hipertensi, perut kurang selesa, mulut kering dan telapak tangan berpeluh
-Emosi — kelesuan, sedih, gelisah, tegang, rasa tidak layak, marah, suka bertengkar, mengelak berdepan masalah, menafikan ada masalah

Kenapa saya stres?
-Faktor diri — masalah kesihatan, perhubungan, emosi, perubahan gaya hidup dan konflik
-Faktor sosial — persekitaran, pekerjaan, taraf ekonomi
-Faktor trauma — berlaku situasi tidak diingini
-Faktor fikiran — risau dan takut sesuatu yang tidak pasti atau tidak diketahui

1 comments:

taliff berkata...

Stress, kena kawal dengan baik. Kalau tidak boleh mengakibatkan penyakit-oenyakit lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...