Nuffnang ads

Nuffnang ads..klik je..tak kena bayar pun..

Isnin, 13 Jun 2011

Blair baca al-Quran tiap hari

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

berita menarik untuk hari ini..


LONDON: Walaupun pernah menolak perbincangan mengenai agama ketika mentadbir Britain, Tony Blair kini dilaporkan membaca al-Quran setiap hari sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Blair juga semakin kerap membincangkan secara terbuka mengenai kepentingan agama kepada manusia.

Media melaporkan, beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran.
Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama.

Dalam temu bual dengan majalah Observer dan diterbitkan semalam, Blair berkata, dia percaya celik agama sangat penting dalam era globalisasi.

“Saya membaca al-Quran setiap hari, antaranya untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting, ia bersifat sangat instruktif,” katanya.

Blair berkata, pengetahuan mengenai Islam membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia ke Timur Tengah.

Blair diutus dalam usaha kuartet terbabit menyelesaikan konflik Israel - Palestin.
Sebelum ini, Blair pernah memuji Islam sebagai agama “indah” dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa “kekuatan sangat bertamadun.” Pada 2006, Blair berkata, al-Quran adalah “buku perubahan yang bersifat inklusif, meletakkan sains dan pengetahuan di tempat tinggi serta membenci tahyul.” Adik ipar Blair, Lauren Booth, memeluk Islam pada September tahun lalu dan membuat pengumuman terbuka mengenainya kira-kira sebulan kemudian. - DM


adik ipar Tony Blair, Lauren Booth yang masuk islam..

p/s : adik ipar Tony Blair dah masuk islam tahun lepas..harap Tony Blair pula dapat hidayah untuk masuk islam..langkah mengenali islam dah ada..


sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Blairbacaal-Qurantiaphari/Article/index_html

7 comments:

Wilayah Sepet Kuku berkata...

amin Ya Rabb.

SRenungan berkata...

moga2 tony blair dapat mengikut jejak langkah adiknya..

Jaedie berkata...

Amin..insyaAllah..Adik ipar tony blair ada buat talk kat IIUM. :)

kakchik@ella berkata...

Oooo .. Adik ipar dia rupanya??

SoutulMujahid berkata...

amin... semoga Tony Blair memilih Islam selepas adik iparnya. amin ya Allah. ya Allah, kami berdoa, tunaikanlah ya Allah!!!

insya Allah, sekiranya Tony Blair pula memeluk Islam, ia akan memberi tamparan hebat kepada dunia Barat

anis aneesa berkata...

ade baca ari tu kt dlm harian metro..moga2 tbukak atinye utk memeluk islam..aminnn..

PenDekAr LauT berkata...

Semoga Tony Blair terbuka hati utk masuk Islam... Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...