Nuffnang ads

Nuffnang ads..klik je..tak kena bayar pun..

Rabu, 13 Julai 2011

Tali leher jadi bantal untuk tidur di pejabat



TOKYO: ‘Tali leher Nemuri’ yang bermakna ‘Tali Leher Tidur’ dalam bahasa Jepun adalah peralatan unik yang membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka.
Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.

Tali leher itu diperbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas, menurut akhbar Asahi.
Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).

Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan ‘mati akibat terlalu kuat bekerja’ dicipta. - Agensi


note : macam2 ada sekarang..camne org jepun boleh terfikir nak buat benda cmni..memang kreatif la daya pemikiran diorang..kalau la kat malaysia semua org macam org jepun..hehehe..nak kena beli 1 ni..nanti senang nak tido time dalam kelas..hehehe..



sumber : harian metro

7 comments:

nini berkata...

kreatifnya....nnti boleh la cipta tudung yang bleh jadi bantal lak...hehe

NURUL NADIAH MAMAT berkata...

jepun memang kreatif...mcm2 benda yg tak terfikir dicipta....

p/s : hbs la bau msm sbb air liur basi meleleh kat tie...:p

Shah URL berkata...

setuju ngan nini tu. buat bantal tudung tu sekali ngan jadi selimut lg hihi8hi

mcm2 ada skang :P .
thanks sudi Singgah Blog Saya ye :)

syiela berkata...

hehehe kreatif.. bila la tudung nak jadi bantal pulak :)

nazira berkata...

Kreatif2.. suke.. haha..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Vesella Letcheva berkata...

mahal pulak. HAHAHA. beli tali leher kat hinode shop RM5 je. hihi. :BB

Umi Asura Sanusi berkata...

orang jepun memang suke buat benda2 mcm ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...