Nuffnang ads

Nuffnang ads..klik je..tak kena bayar pun..

Khamis, 11 Ogos 2011

Wow..Lamar kekasih dengan cara unik

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

agak menarik..sape2 yang masih buntu memikirkan cara untuk melamar boleh mencuba..tapi kosnya agak mahal..dah la nanti nak kena bagi hantaran pun mahal..kering poket ni..hehehe..tu pun belum tentu lamaran diterima..kalau diterima macam ni ok la..hehehe..

QINGDAO, China - Seorang lelaki, Pang Kun memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya yang turut berpakaian untuk melamar teman wanitanya, Zhao Xinyu, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas menemui Xinyu di pusat beli-belah tempatan di sini pada Sabtu lalu, Kun memberi alasan hendak ke tandas agar dia dapat menukar pakaian.
Dia kemudian kembali sebagai lelaki lobak merah dengan ditemani rakan-rakannya. Rakan-rakannya mula menari dengan diiringi muzik yang kedengaran menerusi sistem pembesar suara pusat beli-belah.
Situasi itu mengejutkan kekasihnya dan rakan-rakannya.
Apabila muzik berhenti, rakaman suara Kun kedengaran menerusi sistem pembesar suara berkenaan.
"Enam bulan dahulu, kita mula berkenalan," kata suara itu. "Masih terpahat di hati saya bagaimana anda begitu segan semasa janji temu kita yang pertama, tentang saya merindui janji temu kita seterusnya dan perasaan saya apabila saya kali pertama menggenggam tangan kamu ketika kita menonton wayang."
Dia kemudian membuka kostumnya dan berlutut untuk melamar kekasihnya.
Orang ramai yang berada di sekitar mereka turut tersenyum apabila Xinyu menerima lamaran tersebut. Menurut Kun, dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja 100,000 yuan (RM47,076.41). - Agensi

p/s : wanita2 diluar sana adakah anda mahu kekasih anda melamar anda seperti ini??hehe


sumber : kosmo 

21 comments:

ipa faiza~ berkata...

x yah.

baek rm47 ribu tuh wat beli brg2 nk kawen.


hehe

zieyll^bluehazel berkata...

haha . klau setakat melamar , nak buang rm 47, baik takyah . tapi dia orang kaya kot . tak kesahhh . huhu . ^_^

Kyra berkata...

hahaha, gila sweet lah cara dia. tapi kalau setakat melamar nak habis banyak tuh tak payah. baik simpan untuk kahwin. lagi sweet. (:

annisyiba berkata...

melamar dgn jumpe mak n ayah si perempuan lagi best rasenye..:)

~aku dan die~ berkata...

romantik sgt!nk jugk la :P

nuratiqah berkata...

biarlah bersederhana dlm apa pun yg kita buat. buat ikut kemampuan, kalau mampu tak kisah lah. utk org Islam kalau nak buat pastikan tak membazir utk perkara yg tak perlu dan bukan dengan niat untuk riak dan menunjuk2..:)

RIMA DANIA berkata...

bukan main mahal lagi..kaya xpe.. haha

qeen.3c berkata...

buang duit but sweet. haha. lagi best kalau mamat yg kita suka datang tup2 minang tanpa kita ketahui. omaigod. berangan! haha

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

sangat unik dan sangat sweet

tapi kos die tinggi

buatnye tak terima . malu dapat duet pom habes

orang kaye tape lah bole buat cm nie

:)

Zaujah Encik Mamat berkata...

haha so cute... tp takmau... pembziran itu amalan syaitan :).. simpan duit .. lepas kahwin lg bnyk nak pakai kan :)

aku berkata...

giler suwit!!
tp rse nak tendang2 je org yg pkai kostum gitu.xtau nape..haha

faRHa@miSS Vio berkata...

klau kaya nak jgak ...huhu...sweetnye ....

nasyitahahmadzaini berkata...

malu la cmni...tp sweet! ;p

syiela berkata...

malu la tapi sweet kenangan seumur hidup... tapi seperti membazir pulak

izzysabki berkata...

pergh..nmpk ganas cara ni:D

ROJAK berkata...

susah2 je lamar macam tu..bazir duit bazir masa..kebaikannya kreatif itu je.

EyA edamanhatiku berkata...

eya xnkla cmne..mmbazir..bek gna tuk bda yg lbih pnting..lao da tlebih duit pun bek gna duit tu tk tlong org yg memerlukan

::fatihahanapi:: berkata...

mau x pokai...

Cik Tetra berkata...

wooahh..bazir kot buat mcm tu..byk benda lain lg yg boleh gune..tnpe gune duit beribu2 pon tp kalau sweet care melamar tu..pompuan mesti terharu.. :)

NURUL ASHIKIN berkata...

untung badan

sweetbelly gurlz berkata...

gile bazir wet...bek wat belanja kawennnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...